Aze
ADIB BIN ALI, SAHARUDIN BIN SHARRIF, AZEYATY BINTI CHE AJID, MUHAMAD ZULASHWAL BIN AZIZO RAHMAN
Inovasi ini dihasilkan
untuk memudahkan pelajar mempelajari seterusnya menguasai tajuk Physical
Optics. Analisis daripada PSPM yang lepas didapati pelajar sangat lemah dalam
tajuk ini, ini diperolehi daripada bilangan soalan yang dijawab oleh para
pelajar adalah yang paling rendah untuk soalan tajuk ini. Berikutan dengan itu,
kami ingin memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran untuk para pelajar
menguasai tajuk ini dengan lebih sempurna, seterusnya pelajar mendapat
keyakinan untuk menjawab soalan ini didalam peperiksaan PSPM. Inovasi ini
dijalankan untuk satu kelas sebagai permulaan kajian, seterusnya penambahbaikan
daripada hasil kajian tersebut akan dianalisis dan ditambahbaik. Ujian pos
diberi selepas intervensi penggunaan kaedah hands-on dan jadual interaktif
dipraktikkan. Skor min ujian pra adalah 1.87/10.00 dan setelah kaedah hands-on dan jadual
interaktif diperkenalkan peningkatan sebanyak 45.20% dengan skor min 6.39/10.00.
peratus bilangan pelajar mendapat markah 3 ke 8 markah bagi ujian pra ialah 26.09% manakala
keputusan ujian pos mencapai 78.26% iaitu peningkatan sebanyak 52.17%. Hasil
dapatan daripada perbandingan ujian pra dan pos mendapati penggunaan kaedah
hands-on dan jadual interaktif ini sangat membantu pelajar untuk memahami dan
mengingati kembali konsep dan persamaan yang terlibat didalam tajuk Physical
Optics ini.




No comments:
Post a Comment